2011....
kadang-kadang kita lupa, siapa diri kita ketika ini.. bila kita mula menulis, kita akan terbiasa menyimpan memori di dalam penulisan itu.
Saya mula menulis mengenai pengalaman diri dari awal usia remaja. Iaitu 12 tahun... Ketika itu, hanya menulis perkara yang telah membuatkan saya marah. Kebanyakan penulisan hanya mengenai kata-kata marah. Marah dengan si polan itu, si polan ini.
Kenapa saya perlu menulis? saya suka menulis, atau sekarang lebih spesificnya, mengarang sesuatu di helaian muka surat. Bagi zaman ini, menulis seperti itu sudah lagi tidak relevan.. helaian pada ketika ini, boley dikatakan seperti blog ini, softcopy yang di simpan di dalam komputer riba juga boleh di pertimbangkan sebagai helaian.
Pada ketika ini, saya lebih selesa menggunakan komputer riba dari Iphone4 ku.. memang tidak di nafikan Ip4 itu lebih convenient dan lebih mobile.
Harap coretan yg selepas ini tidak lah hanya pembaziran masa.. ok..