Sunday, January 8, 2012

2006...

" kau pasti kau benarkan aku memberi nombor telefon mu pada abang ku?" Fatehah bertanya kepada Nieya. Nieya diam sambil mengangguk.

" aku ada juga memberitahunya, kau baru berpisah dengan Ariff. Jangan mempermainkan perasaan kau." Fatehah menyambung lagi.

" Beri sahajalah. Bukan apa-apa pun. Abangmu hanya perlukan kawan kan? Untuk berbual. Aku pun tak de hal. Ok je." Nieya menaip laju pesanan ringkas untuk di beri kepada Nierza. Di fikirannya terfikirkan kakak yang sedang mempunyai masalah dengan ibu dan ayah. Baru putus cinta. Ada-ada saja semua ini. Ayah dan ibu tak menyukai Joseph. Lelaki yang lebih muda darinya dan entahlah. Apa la isu kali ni.. Untuk kali ni, sudah berapa kali Nierza kecewa kerana perkara yang sama. Nierza dan aku..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nieya bersiap untuk menemani makciknya ke kampung.
" aunty, berapa lama agaknya kita ke sana? Nieya nak pack baju semua ni.. takut tak cukup. Ada singgah di mana-manakah?"

Aunty Zye senyum melihat keletah Nieya. Anak kakaknya yg seorang ni. persis lelaki pakaiannya. Simple, ringkas dan periang. Semenjak sekolah perlakuannya agak sama. Asal boleh sahaja.
" Nieya, kau ni cuba la grooming elok-elok. Pakai lipstik, dress up. Hurm.. aunty tengok kamu ni.. asyik dengan tudung ni dan seluar ni. iskh. Baju bawak banyak-banyak pun, kamu tetap pakai sweater kamu ni."

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nieya berkerut memandang pesanan ringkas yang baru diterimanya tadi. Agak janggal. Siapa ni? Erm. Mungkin abang Fatehah.

Banyak betul perkara yang hendak ditanya. Pedulilah. dia kesunyian. membantunya adalah tidak salah.

Dalam masa yang sama, Adli bertanya kabar. Tersenyum. Adli ni, time raya or time dia kat darat sahaja baru aktif ber SMS dengan ku.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------