My leaf of life
ke arah mencari kehidupan yang sebenar di alam maya ini. Blog ini bertujuan untuk berkongsi cerita ilustrasi dari blogger. Sesiapa berminat untuk berkongsi cerita realiti atau fantasi atau romantik yg jalan cerita nya dapat difahami dan dibaca oleh pembaca pelbagai perigkat. Boleh lah kita sama-sama berkongsi diblog ini.
Monday, August 31, 2015
2015
Nieya menangis lagi. Dia sudah memutuskan beberapa kali. Bersambung beberapa kali.
Kali ini dia menangis mengenai rindu. Rindu pada yang Esa.
Disebalik rindu pada Yang Esa, jauh dihati teringat sosok tubuh tegap yang sudah 7 tahun selalu berlingkar dimatanya. Bukan tidak pernah berpisah. Malah lebih lama lagi. Tiadanya memudahkan hidup Nieya sebenarnya. Tetapi mengapa rindu itu hadir?
Beberapa kali Nieya menidakkan rindunya pada seseorang. Dia terdiam lagi.
Fikirannya buntu.
"Jika Allah tidak benarkan kami bersama, mengapa Allah kurniakan rindu ini pada aku?"
Perhubungan ini sudah terlalu lama. Malah beberapa kali Nieya keliru dengan perasaaannya. keliru dengan situasi disekelilingnya..
Dan Sekarang situasi bertambah sukar dengan hadirnya Zarif. Insan yang pernah hadir dalam hidupnya 7 tahun lepas dan telah lama dilipat dalam memori.
Allah... Dugaan Yang Paling Aku tidak Faham apekah sebenarnya untuk ku faham..
Sunday, January 8, 2012
2006...
" kau pasti kau benarkan aku memberi nombor telefon mu pada abang ku?" Fatehah bertanya kepada Nieya. Nieya diam sambil mengangguk.
" aku ada juga memberitahunya, kau baru berpisah dengan Ariff. Jangan mempermainkan perasaan kau." Fatehah menyambung lagi.
" Beri sahajalah. Bukan apa-apa pun. Abangmu hanya perlukan kawan kan? Untuk berbual. Aku pun tak de hal. Ok je." Nieya menaip laju pesanan ringkas untuk di beri kepada Nierza. Di fikirannya terfikirkan kakak yang sedang mempunyai masalah dengan ibu dan ayah. Baru putus cinta. Ada-ada saja semua ini. Ayah dan ibu tak menyukai Joseph. Lelaki yang lebih muda darinya dan entahlah. Apa la isu kali ni.. Untuk kali ni, sudah berapa kali Nierza kecewa kerana perkara yang sama. Nierza dan aku..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nieya bersiap untuk menemani makciknya ke kampung.
" aunty, berapa lama agaknya kita ke sana? Nieya nak pack baju semua ni.. takut tak cukup. Ada singgah di mana-manakah?"
Aunty Zye senyum melihat keletah Nieya. Anak kakaknya yg seorang ni. persis lelaki pakaiannya. Simple, ringkas dan periang. Semenjak sekolah perlakuannya agak sama. Asal boleh sahaja.
" Nieya, kau ni cuba la grooming elok-elok. Pakai lipstik, dress up. Hurm.. aunty tengok kamu ni.. asyik dengan tudung ni dan seluar ni. iskh. Baju bawak banyak-banyak pun, kamu tetap pakai sweater kamu ni."
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nieya berkerut memandang pesanan ringkas yang baru diterimanya tadi. Agak janggal. Siapa ni? Erm. Mungkin abang Fatehah.
Banyak betul perkara yang hendak ditanya. Pedulilah. dia kesunyian. membantunya adalah tidak salah.
Dalam masa yang sama, Adli bertanya kabar. Tersenyum. Adli ni, time raya or time dia kat darat sahaja baru aktif ber SMS dengan ku.

Thursday, September 1, 2011
2011...
Nieya menarik nafas dalam-dalam dan lama. Selepas memberi salam terakhir untuk solat isya'nya, dia memanjatkan kesyukuran kerana masih diberi peluang meneruskan hidup yang belum tau apa cabaran atau dugaan lagi yang harus ditempuh. Kehilangan seseorang yang amat rapat dengannya 5 tahun lalu sudah cukup merantaikan kesedihan sehingga kini.
"ya Allah, jika ini ketentuan MU untuk ku hambamu yg hina ini. Kau lindungilah aku sehingga aku berjaya mengharungi segalanya dengan tabah dan tenang"..
Masih terngiang-ngiang doa itu di telinganya. Arwah Nierza selalu membacakannya selepas mereka selesai solat bersama. Nieya mengalirkan air mata setiap kali Nierza, kembar seirasnya membaca bait itu. Masih teringat situasi dimana mereka bersalaman dan berpelukkan setiap kali solat berjemaah. Tapi pada malam terakhir itu, Nierza membisikkan padanya..
"yaya, selepas ini kau lah yang sulung. Satu sahaja ku pinta, berbaktilah kepada ibu dan ayah walau apa pun terjadi. Walau kebahagiaanmu harus dikorbankan."
Dan Nierza menangis dibahu Nieya. Memeluk kembarnya sambil memegang kuat bahunya. Nieya hanya mengangguk mengiyakan kata Nierza. Sambil membalas,
"Za, aku tahu. Aku akan cuba. Sudah-sudahlah meninggalkan pesan yang sedih seperti ini padaku. Aku tahu tanggungjawabku. Selama ini, memang kita pikul bersama kan? Jangan difikirkan perkara yang belum terjadi, ini akan lebih membebankan fikiran kau dan juga aku"
Nierza diam. Lama dia berhenti menangis. Nieya hairan. Kenapa ni? Kenapa Nierza diam?Selepas mendengar Nierza menyebut nama Allah dan Nabi Muhammad S.A.W, Nierza terus diam. Bahu Nieya menolak Nierza. Mata terpejam. Air mata masih basah. Nafas sudah terhenti. Mahu sahaja Nieya menjerit memanggil Nierza sekuat hatinya. Tapi, demi menghormati Tanah Suci Mekah. Nieya hanya mampu menangis dengan linangan air mata sambil mencium seluruh wajah bersih Nierza.
" Kau pergi meninggalkan ku di tanah suci ini wahai kembarku. Sesungguhnya, Allah Maha Melihat dan mendengar. Doa mu untuk bersemadi bersama-sama orang-orang yang di sayangiNYA termakbul kini"
Aku pernah mendengar. Kita akan pulang kembali kepada asal kejadian kita. Adakah bermaksud, kau dijadikan dari tanah suci ini Nierza?
Subhanallah..hanya Allah yang Maha Memahami. Kau seorang anak yang baik, insan yang mulia, dan kakak yang sangat memahami. Semoga rohmu tenang di sana.
.......................................................................................................
Nieya tersedar dari mengelamun. Hatinya meruntun kesedihan setiap kali teringatkan Nierza. Kau tinggalkan aku dengan tanggungjawab yang cukup berat...

Saturday, August 27, 2011
my leaf of life...
2011....
kadang-kadang kita lupa, siapa diri kita ketika ini.. bila kita mula menulis, kita akan terbiasa menyimpan memori di dalam penulisan itu.
Saya mula menulis mengenai pengalaman diri dari awal usia remaja. Iaitu 12 tahun... Ketika itu, hanya menulis perkara yang telah membuatkan saya marah. Kebanyakan penulisan hanya mengenai kata-kata marah. Marah dengan si polan itu, si polan ini.
Kenapa saya perlu menulis? saya suka menulis, atau sekarang lebih spesificnya, mengarang sesuatu di helaian muka surat. Bagi zaman ini, menulis seperti itu sudah lagi tidak relevan.. helaian pada ketika ini, boley dikatakan seperti blog ini, softcopy yang di simpan di dalam komputer riba juga boleh di pertimbangkan sebagai helaian.
Pada ketika ini, saya lebih selesa menggunakan komputer riba dari Iphone4 ku.. memang tidak di nafikan Ip4 itu lebih convenient dan lebih mobile.
Harap coretan yg selepas ini tidak lah hanya pembaziran masa.. ok..

Subscribe to:
Posts (Atom)