Thursday, September 1, 2011

2011...

Nieya menarik nafas dalam-dalam dan lama. Selepas memberi salam terakhir untuk solat isya'nya, dia memanjatkan kesyukuran kerana masih diberi peluang meneruskan hidup yang belum tau apa cabaran atau dugaan lagi yang harus ditempuh. Kehilangan seseorang yang amat rapat dengannya 5 tahun lalu sudah cukup merantaikan kesedihan sehingga kini.

  "ya Allah, jika ini ketentuan MU untuk ku hambamu yg hina ini. Kau lindungilah aku sehingga aku berjaya mengharungi segalanya dengan tabah dan tenang"..
 
Masih terngiang-ngiang doa itu di telinganya. Arwah Nierza selalu membacakannya selepas mereka selesai solat bersama. Nieya mengalirkan air mata setiap kali Nierza, kembar seirasnya membaca bait itu. Masih teringat situasi dimana mereka bersalaman dan berpelukkan setiap kali solat berjemaah. Tapi pada malam terakhir itu, Nierza membisikkan padanya..

  "yaya, selepas ini kau lah yang sulung. Satu sahaja ku pinta, berbaktilah kepada ibu dan ayah walau apa pun terjadi. Walau kebahagiaanmu harus dikorbankan."

Dan Nierza menangis dibahu Nieya. Memeluk kembarnya sambil memegang kuat bahunya. Nieya hanya mengangguk mengiyakan kata Nierza. Sambil membalas,

"Za, aku tahu. Aku akan cuba.  Sudah-sudahlah meninggalkan pesan yang sedih seperti ini padaku. Aku tahu tanggungjawabku. Selama ini, memang kita pikul bersama kan?  Jangan difikirkan perkara yang belum terjadi, ini akan lebih membebankan fikiran kau dan juga aku"


Nierza diam. Lama dia berhenti menangis. Nieya hairan. Kenapa ni? Kenapa Nierza diam?Selepas mendengar Nierza menyebut nama Allah dan Nabi Muhammad S.A.W, Nierza terus diam. Bahu Nieya menolak Nierza. Mata terpejam. Air mata masih basah. Nafas sudah terhenti. Mahu sahaja Nieya menjerit memanggil Nierza sekuat hatinya. Tapi, demi menghormati Tanah Suci Mekah. Nieya hanya mampu menangis dengan linangan air mata sambil mencium seluruh wajah bersih Nierza.


" Kau pergi meninggalkan ku di tanah suci ini wahai kembarku. Sesungguhnya, Allah Maha Melihat dan mendengar. Doa mu untuk bersemadi bersama-sama orang-orang yang di sayangiNYA termakbul kini"


Aku pernah mendengar. Kita akan pulang kembali kepada asal kejadian kita. Adakah bermaksud, kau dijadikan dari tanah suci ini Nierza? 

Subhanallah..hanya Allah yang Maha Memahami. Kau seorang anak yang baik, insan yang mulia, dan kakak yang sangat memahami. Semoga rohmu tenang di sana.

.......................................................................................................

Nieya tersedar dari mengelamun. Hatinya meruntun kesedihan setiap kali teringatkan Nierza. Kau tinggalkan aku dengan tanggungjawab yang cukup berat...

  "ya Allah, jika ini ketentuan MU untuk ku hambamu yg hina ini. Kau lindungilah aku sehingga aku berjaya mengharungi segalanya dengan tabah dan tenang"..


 

 

No comments:

Post a Comment